Tuesday 22 June 2010

From Russia With Love~~ Oh apakah yang sepatutnya dibawa pulang ke Malaysia?

Alhamdulillah exam dah habis...dengan berkesudahan 5 flat...dapat jugak merasa. Sekali lagi alhamdulillah. Exam semester ni memang aku jujur x meniru (bila pulak aku meniru! hehehe).


Ok sekarang ada lebih kurang 5 hari lapang sebelum pulang ke Malaysia Isnin ni. Seperti biasa.."Apa yang aku nak bawa balik tahun ni? Kalau tak bawak balik apa nampak kedekut sangat pulak kan. Ye lah memandangkan tahun-tahun lepas aku dah banyak bawak balik buah tangan. Nak bawak benda sama macam bosan jugak."


Takpe lah,apa pun meh buat ulangkaji sikit.


Matryoshka (матрёшка) or nesting doll
Ini adalah Russia's international souvenir. Made from wood. Dalam 1 set 'ibu' ada beberapa 'anak' duduk dalam dia. Harga dia bergantung kepada beberapa faktor:


Jenis
-Moden macam dalam gambar ni.
-Klasik tiada warna latar (hanya warna kayu) tetapi dilukis/dihiasi dengan ukiran dan warna 'striking' macam glitter tu.


Kuantiti
-Jumlah 'anak' yang terdapat dalam 'ibu' dia. Makin banyak makin mahal. Makcik kedai tu cakap kalau lebih 5 tu dah banyak dah.


Saiz
-Saiz 'ibu' menentukan saiz anak. Makin besar makin mahal. Tapi bergantung kepada 'anak' dia. Walaupun kecil tapi 'anak' sampai 10 terang-terang lah mahal.


Kuantiti warna
-Warna untuk cat/hias matryoshka ni jugak mempengaruhi harga dia. Makcik tu cakap lagi, matryoshka murah guna warna dalam 3-4 saja.


Ketelitian
-Kekemasan lukisan matryoshka jugak menjadi faktor. Makin banyak hiasan (bunga atau lukisan) atas matryoshka tu,macam biasa boleh teka, makin mahal.


Itulah antara faktor-faktor mempengaruhi harga sesebuah matryoshka. Memang panjang lebat makcik jurujual tu bercerita kat aku tahun lepas. Ye lah dia cerita dalam russian. Kalau dalam english memang gagap la. Dia cerita lagi, sesebuah matryoshka mengambil masa antara 1-2 minggu untuk siap (tapi x ingat pulak kat mana mereka buat matryoshka ni. Yang pasti bukan kat belah bandar ni) Tahun-tahun sebelum aku dah beli banyak,so tahun ni, pass!!


Feberge Eggs ( яйцо Фаберже)


Ini adalah simbol kemewahan dan hasil seni tukang emas. Diperbuat dari emas dan gem juga berlian. Sejarah tentang telur ini memang menarik. (google! haha) Bila dah tengok memang harapan lah aku nak beli telur ni. Memang takkan dapat la. Tapi bagi sesiapa yang ada saudara-mara nak kahwin,aku suggest beli sebiji sebagai bekas cincin hantaran. Cool what!
















Russian Crystal


Salah satu antara cenderahati terkenal Russia. Ia melambangkan hasil seni artisan zaman tradisional mereka. Sekarang anda boleh beli untuk dibawa pulang. Mahal tak mahal tu aku x boleh nak cakap sebab aku tak tahu harga dia. Mahal la kot. Bila nak beli,jangan beli banyak! Berat dan mudah pecah. Takut pecah semasa dalam luggage kat airport (mereka yang angkat beg tu memang campak je). Aku beli atau tidak? Tak!










Valenki (валенки)




Buatan tangan. Diperbuat daripada bulu biri-biri. Sejarahnya, disebabkan musim sejuk di sini memang sangat sejuk, dengan memakai boots ini dipercayai dapat menghangatkan kaki serta menggalakkan pengaliran darah ke kaki dan menguatkan sistem imunisasi badan semasa musim sejuk. Harga tidak diketahui dan aku tidak akan bawak pulang boots ni. (gila siapa nak pakai boots ni kat Malaysia yang panas terik!)












Budionovka (будионовка) Russian Soviet Army hat




Topi askar-askar soviet pakai dulu dan masih dipakai sekarang. Diperbuat daripada bulu (kambing, arnab,singa laut dll). Agak cool juga sebagai cenderahati. Harga dalam 2500 ruble. Mahal dan aku dah beli dulu sebab pakcik aku request. So x perlu lagi kot.






Russian Shawl (шарф)




Shawl atau scarf ini diperbuat daripada sutera ataupun kapas. Ada juga daripada polyester. Buatan tangan. Mak aku memang bukan mak datin dan tak akan pakai selendang ni. So tiada tujuan aku nak beli bawak balik. Sesiapa nak beli boleh je asalkan ada 2000 rubel dalam tangan. Lawa kot! Untuk mak sendiri tak payah la berkira...












Teh (чай)


Russia tidak terkenal dengan teh. Tapi setiap tahun memang aku akan bawa pulang teh. Family aku memang peminum teh (kecuali aku peminum kopi). Teh Russia takdelah sedap mana dan aku jarang beli teh Russia sebab kat sini kebiasaannya aku beli teh samada teh import atau Lipton mangga dan pic tu. 






Russian Caviar (икра)


Bila aku tengok movie,kebiasaannya mereka akan bawa pulang caviar ni bila pergi ke Russia. Caviar ni di negara lain adalah hidangan mewah dan tak semua mampu (kecuali di sini). Harga di Eropah untuk caviar berkualiti antara € 6,000 sehingga € 12,000. Tapi kat sini takdelah mahal macam tu. Diperbuat daripada telur ikan dan garam. Ada beberapa jenis antaranya beluga, sterlet, osetra dan sevruga. Sekali je aku penah rasa dulu, masin dan hamis. Takde lah sedap pun. Telur ikan goreng lagi sedap kot. Lidah jawa kan...Tapi mungkin aku akan bawak balik sikit (yang murah je) mungkin untuk pakcik aku.


Russian Chocolate (шоколад)


Coklat Russia boleh tahan sedap. Tetapi agak manis. Mungkin kandungan gula yang banyak. Nak coklat lebih sedap cari la coklat macam Belgian Chocolate.Tahun ini ada permintaan untuk coklat Russia, so aku akan bawak balik sikit la nanti.






So, itu sajalah antara canderahati yang terlintas di fikiran aku. Rasanya benda-benda biasa macam fridge magnet dan keychain tu benda biasa la. Tak perlu la listkan kot. Pesanan dari aku, bila nak cari souvenir elok gunakan bahasa Russia dan buat rundingan harga. Boleh je tawar menawar asalkan kena pada gayanya. Happy Holidays Comrades!!!

Friday 18 June 2010

Oh sangat comel dan seksi

Ali-"Ko rasa aku seksi tak?"
Abu-"Ko bengong ape ni bingai! Aku tengok ko serupa tempayan je nak seksi pe kebenda"

Oh kenapa setiap post aku nak dimulakan dengan dialog Ali dan Abu?
Entah. Aku rasa macam seronok. Walaupun takde la menarik mana. Bergantung kepada situasi la kan.
Tapi untuk hari ini aku nak kongsi antara gambar-gambar comel dan seksi yang sentiasa membuatkan aku berangan tak sudah. Tak kira la sebelum tidur, selepas tidur, even masa dalam kelas!
"Hoh pa dia..!!!" *dengan nada dan gaya mamu*














Audi R8 Valkyrie by S&R
500bhp
4WD
5.2litre V10!
BMW X6 F-16 Falcon Fighter by Status Design
380 bhp
3.0 litre twin-turbo

Merc S65 AMG by MEC Design
(Spec tidak diketahui. misteri. yang pasti amat lincah)


Porsche Cayenne Merdad 2-door Edition
740bhp
4.8 litre V8

Ferrari 458 Italia F-117 Nighthawk Edition
570 bhp
4.5 litre V8

Ha kan! Tak tahulah apa yang korang bayangkan bila baca tajuk post ni. Bagi aku inilah apa itu 'seksi'.
Memang kalau nak dikira betul-betul rakyat Malaysia macam kita ni memang mimpi la nak pakai kereta macam ni. Ye lah dengan tax yang teramat tinggi. Bukan tu saja. Even dah lepas tax bayar kereta,still setiap tahun kena bayar road-tax (6.3 litre Merc SLS approx road tax RM13xxx per year). Nak guna barang cantik memang mahal. Bak kata James May dalam Top Gear.."You got what you paid for"
Itu sajalah kot untuk kali ni. Bila bosan ni biasalah kan...timbul la angan-angan imaginasi yang tah kebenda ni.

Wednesday 16 June 2010

Sesuatu yang akan menewaskan iPhone 4 dengan sebelah mata

Ali-"Aku minat la dengan iPhone 3G. Ada mana boleh beli ya?"
Abu-"Sekarang iPhone 3G S la brader..Baik ko skip 3G S ni,tunggu setahun lagi keluar iPhone baru."
Ali-"Kalau sentiasa nak tunggu yang paling baru sampai bila la aku tak upgrade 3310 aku ni Abu oi"

Ha post ke-2!
Hari ini rasa macam nak cakap tentang handset pula. iPhone tu sebagai bahan je. Aku tak rasa nak tulis banyak tentang phone ni sebab kalau nak huraikan satu per satu specification phone ni baik cari masa lain borak kat mamak.

Minggu lepas iPhone 4 telah dilancarkan. Semua orang macam "Wooo...lawa giler! Best giler". Aku pun tertarik la jugak,ye la gadget freak macam aku kalau tak tertarik memang pelik la. Tidak hairan la 600 000 booking telah diterima oleh AT&T (syarikat telekomunikasi di Amerika) dalam sehari! For the record iPhone 2G terjual sebanyak 1 juta dalam 74 hari manakala hanya sebanyak 80 000 Nexus One terjual dalam bulan pertama.
Pada hari ini pula, satu lagi handset baru telah dikeluarkan. Motorola Droid X. Apa yang ada pada handset ni yang aku rasa macam lagi 'gempak' berbanding iPhone 4?


Spec wise, first  thing yang aku suka, 4.4 inch screen! Besar tu! Beserta dengan expendable memori (SD Card) dan ia adalah Android phone! Selebihnya anda boleh baca sendiri dari jadual. Pengalaman aku guna iPhone 3G, agak cepat membosankan. Kenapa aku beli dulu adalah kerana AppStore dia. Aku sukakan kebebasan untuk customize interface atau apa-apa saja selagi ia boleh diubah. Dengan iPhone, ia agak sukar. Mungkin itu akan berubah dengan iOS 4 nanti, tetapi dengan Android, memang dah dari asal ia 'Open'. Bermaksud kita boleh customize apa saja yang kita mahu. Yelah siapa tak suka animated wallpaper?! Dan multitasking!
Tapi berkemungkinan aku tak akan tukar phone dalam masa terdekat sebab aku guna phone aku kat sini tak lebih sebagai alarm bangun pagi. So tak nampak sangat la tujuan nak keluarkan RM3299 (approx iPhone 4 price) untuk sebuah phone! Tapi kena la update jugak kan. Hahaha.

Tuesday 15 June 2010

Virus Komputer, Spyware, Malware, Trojan...apakah perbezaan semua itu?

Ali-"Aku rasa komputer aku kena virus la"
Abu-"Ye ke? Ko tak install anti-virus ke?"
Ali-"Dah...tapi entah la...slow semacam je laptop aku ni."
Abu-"Kau pasti ke tu virus?"
Ali-"Kot..."

Aha untuk post pertama blog ni, aku nak share sikit tentang virus komputer dan seangkatan dengannya yang sering menjadi musuh utama pengguna PC (aku x cakap MAC terlepas,tapi itu kita bincangkan lain waktu).
Perbezaan antara Virus, Spyware, Malware, Trojan, Scareware dan Worms

Virus
Virus ni perangai dia macam virus selsema manusia jugak la. Mudah berjangkit dan membiak dengan pantas. Tapi bagi komputer yang terkena virus, ia akan merebak ke komputer lain melalui pemindahan data. Sama ada dari flash drive rakan anda atau dari software atau apa-apa yang anda download dari internet.
Virus ni dia datang dalam bentuk .exe (executable file). Ia menyerupai file yang akan kita klik bila nak install sesuatu. Virus ini akan mengakibatkan PC anda menjadi slow. Walaupun anda kata anda ada RAM 8GB!!. Lebih teruk lagi, virus ini boleh menjadi punca anda tidak dapat menggunakan PC anda sama sekali. Kenapa? Kerana terdapat sesetengah virus (virus hardcore la ni) yang akan dengan sesuka hati dia delete atau rename fail-fail kritikal yang diperlukan oleh komputer anda untuk berfungsi dengan cemerlang. Biasanya fail ini terdapat dalam folder /Windows/System32 dan juga folder lain. Kesimpulannya virus ni wujud bertujuan untuk merosakkan fail sistem komputer anda.
Oleh itu, bila anda download lagu MP3, pastikan ia berformat *tajuk lagu*.mp3 dan bukan *tajuk lagu*.mp3.exe. Fikir masak-masak setiap kali anda klik fail .exe. Dan pastikan anda update anti-virus software anda dan buat full system scan paling kurang sekali seminggu.

Spyware


Nama dia pun dah spy,pasti la kerja dia macam spy. Spyware ni boleh dijumpai dalam software/application yang kita install dan kita tidak tahu kewujudannya dalam komputer kita. Ia tidak meninggalkan jejak. Mungkin anda tertarik dengan screen saver kucing comel melompat tu,lalu anda pun download dan install.
Spyware ni tak merosakkan komputer anda, kerana tugas utama spyware ini adalah mencuri maklumat peribadi anda seperti login atau password bank atau maklumat kad kredit atau apa jua dan ia akan menghantar maklumat tersebut kepada pereka spyware itu. Kira macam toyol jugak la spyware ni. Cara nak bunuh toyol ni? Ha itu susah sikit sebab tak semua antivirus dapat kesan dan bunuh toyol ni kerana toyol ni berbeza-beza mengikut pereka dia. Cara paling berkesan adalah dengan memastikan anda download/install software yang anda download itu hanya dari pengeluar software tersebut. Bukan dari torrent atau dropbox atau megaupload dan sewaktu dengannya.

Scareware


Scareware ni benda baru je. Tugas dia adalah menakutkan pengguna komputer. Kebiasaannya anda akan terjumpa iklan yang menawarkan servis full system scan secara percuma. Anda download dan install dan setelah selesai scan, terjumpa la beberapa virus atau trojan dalam komputer anda. Di sinilah anda akan gelabah! Kemudian, software itu akan meminta anda membayar sekian-sekian jumlah sebagai membeli lesen penuh software tersebut untuk membuang virus-virus yang dijumpai tadi. Dan di sini pula part anda menyumpah seranah software tadi..Kira dah macam kena blackmail la ni. Cara untuk mencegah, seperti biasa, uninstall. Guna la Revo Uninstaller untuk uninstall dan buang segala fail berkaitan dengan software tadi. Dan juga jangan gatal tangan klik iklan-iklan dan pop-up yang entah apa-apa.

Trojan Horses
Trojan Horses berbeza berbanding virus di mana virus akan merebak/membiak dengan sendiri di dalam fail sistem anda, Trojan pula memerlukan anda untuk install Trojan itu. "Kenapa aku nak install Trojan?!" Haa...kerana anda sendiri yang install keygen/crack untuk game atau Photoshop yang anda download itu. Crack/keygen ni adalah tempat lepak kegemaran Trojan ini. Tugas Trojan ini setelah memasuki komputer anda adalah ia akan membuka satu laluan atau ruang di mana tanpa anda sedari membolehkan komputer lain mengawal dan menggeledah komputer anda...lalu mecuri maklumat anda atau boleh la dia nak hack ke ape ke. Kebiasaanya adalah dari pereka Trojan tu la kan. Cara pencegahan? Sama seperti cara pencegahan dari virus,cuma anda perlu lebih berhati-hati bila nak install sesuatu...dan kurang-kurangkan la download torrent...=P

Worms

Worms merebak melalui talian network. Bila satu komputer infected, maka semua komputer yang guna network yang sama berpotensi dijangkiti. Worms ini akan menjadikan network anda slow dan membuka laluan untuk virus atau trojan menjangkiti komputer anda. Bila ia masuk ke dalam sistem komputer anda contohnya Blaster worm, komputer anda akan reboot berulang-ulang kali sampai ia penat memaksa anda untuk format komputer. Cara pencegahan? FIREWALL FTW!! Update dan lock-down firewall anda.

Malware
Malware (malicious software) adalah singkatan kepada virus,trojan,worms dan lain-lain tadi yang mencuri maklumat dan merosakkan komputer anda. Pendek kata, bila anda ada feel something tak kena,sah la tu kena jangkit malware. Hehehe...

All and all...pastikan anda:
1-Install/Update antivirus anda..(alah beli je la...tak mahal. Anti virus pun guna download torrent apa barang beb...kalau rasa macam mahal,guna free edition macam Avast free edition atau AVG Free Edition)

2-Fikir sebelum buka apa-apa attachment dari e-mail anda.

3-Kurangkan la download torrent (apa barang pirate weyh! cetak rompak tu...)

Software untuk membasmi kesan degil yang aku yakin: (cari di Filehippo.com)
RevoUninstaller untuk cari dan uninstall apa saja software yang anda tak tahu anda ada install dulu-dulu.
CCleaner untuk bersihkan sistem anda dari segala sampah sarap yang menjadikan komputer slow bagai nak rak.
MalwareBytes dan SuperAntiSpyware untuk kesan dan bunuh spyware.
Juga AntiVirus software yang anda beli. huhuhu...