Friday, 23 July 2010

PEMBAYARAN MENGGUNAKAN KAD. HANYA UNTUK GOLONGAN KAYA? FIKIRKAN SEMULA




Dengan perkembangan IT di Malaysia yang semakin maju, terdapat banyak cara untuk membuat pembayaran sekarang ni. Antara cara termudah yang aku gunakan sekarang ni adalah melalui urusan perbankan online Maybank2u dan CIMB Clicks. Banyak benda boleh buat dengan cara online ni, dari membayar bil elektrik, air, internet,rumah, kereta dan lain-lain sehinggalah menderma kepada badan2 tertentu, membayar zakat mahupun top-up telefon. Dengan syarat, ada internet. Semuanya dilakukan tanpa perlu keluar rumah.


Ok, sekarang cara membuat pembayaran bila ada di luar rumah pula.  Ada banyak cara juga sebenarnya. Cara paling basic adalah menggunakan wang tunai. Cara lain pula adalah dengan menggunakan Kad Kredit, Kad Debit, Prepaid Kad Kredit ataupun yang terbaru VISA Wave (mungkin ada lagi cara lain yang aku terlepas pandang korang boleh sound kemudian). Aku tak nak cerita tentang kad kredit kerana golongan pelajar macam kita ni masih tak cukup syarat guna kad kredit. VISA Wave pun aku macam malas nak sentuh sebab ia terlalu advance dan masih belum meluas penggunaannya.


Cara yang terbaik untuk golongan pelajar macam kita adalah dengan menggunakan Kad Debit ataupun Prepaid Kad Kredit. Perbezaan antara keduanya adalah:
Kad Debit: Bila kita bayar jumlah sekian-sekian guna kad debit, jumlah itu akan terus ditolak dari akaun bank kita yang kita dah link kan kepada kad debit tu. Maksudnya, kita bayar guna kad bank ATM kita dengan had seberapa banyak yang kita ada dalam akaun bank tu. Kalau dalam bank ada RM3000, so boleh belanja sampai RM3000 je lah guna kad tu.



Prepaid Kad Kredit: Cara pembayaran macam guna kad kredit mahupun kad debit, bezanya duit tu kita ambil dari satu akaun lain yang perlu kita Top-Up. Masa kita register untuk kad tu, akan dibuat la akaun tu. So kita perlu masukkan sejumlah wang ke dalam akaun tu. Let's say kita Top-up RM3000, so bila kita nak guna kad tu, kita kena ingat lah kad tu ada RM3000 je, tak boleh belanja lebih dari tu, tak cukup duit. Macam mana nak Top-Up? Ha, ada 2 cara. Cash Deposit Machine kat bank, atau malas nak keluar rumah, transfer melalui Maybank2u atau CIMB Clicks.



Ok cukup la tentang kad tu, nak tau lebih, check la website mereka. Apa yang nak diceritakan sebenarnya adalah, kenapa aku rasa lebih baik bayar guna kad ni (selain dapat bergaya lebih)

1. Mudah
Tak perlu ke ATM setiap kali nak guna duit. Ok memang perlu simpan spare dalam wallet. So simpan la berapa yang korang rasa boleh jadi backup bila kad tak dapat digunakan. Takde lah malu bila takde duit nak bayar. hehehe. Wallet pun ringan.

2. Selamat
Ini adalah sebab utama kenapa aku consider using card than cash. Pengalaman aku belajar di Russia 3 tahun ni ada pahit dan manisnya. Perkara pahit yang kebiasaannya terjadi kepada warga asing di tempat orang ni adalah kena 'pow' atau kena samun. Kat Malaysia pun sekarang kes ragut memang agar serius. So why not do something with it? Kebiasaannya, bila di Russia setiap kali aku keluar rumah aku akan pastikan paling maksimum cash dalam wallet aku below 1000 Rubles (RM100). Bila aku ada peluang guna kad, aku guna kad. Bila nak shopping dan rasa kedai tu tak terima kad, baru aku bawak duit atau 'cucuk' kat ATM. Aku memang tak suka keluar dengan cash yang banyak dalam tangan (kecuali bila keadaan memaksa). Bila kena 'pow', dia mintak wallet aku bagi la wallet. Nak lawan memang susah la. Dalam tu maybe ada beberapa saja, segala kad aku simpan dalam card holder di tempat lain. Bila dah dapat wallet penyamun tu lari lah. Buat apa dia tunggu situ lama-lama. Aku pun rugi berapa je. Di Malaysia pun situasi lebih kurang je. So sesiapa yang pernah kena 'pow', pick pocket atau hilang wallet, consider cara lebih selamat menguruskan harta benda anda.

3. Elak dari boros
Tak jugak sebenarnya. Bila ada kad kebiasaannya orang akan shopping tak ingat dunia. Tapi bagi aku, bila lagi banyak cash aku bawa, lagi mudah aku TERbeli sesuatu hanya kerana TERdapat banyak cash dalam tangan. So bila tak banyak cash, kecenderungan untuk TERbeli tu akan berkurangan.

4. Bergaya
Ha ni sebagai bonus saja. Tak la penting pun. Tapi pernah terjadi satu hari tu masa aku nak beli t-shirt kat Adidas di Russia aku bayar guna kad debit. Tapi malangnya mesin dia tu stail lama yang takde chip reader, hanya guna magnetic stripe so tak boleh aku bayar guna kad tu. Awek cashier tu tanya "Do you have another card, sir?" Peh time tu rasa macam orang kaya plak. Terang2 dia nampak aku muka student, mana ada sampai 3-4 kad oi. So aku bagi dia kad lagi satu, jeng..jeng..jeng..tak boleh jugak. Aku pun hampa tapi dengan penuh stailo aku jawab "That's ok i'll just use cash instead". So aku bagi la cash back up aku….itu lah dia…(takdelah gaya mana sangat pun kan. hehehe)

4. Online shopping
Untuk shopping di ebay mahupun mudah.my kebiasaannya cara pembayaran adalah melalui PayPal atau kad kredit. Memang aku takde kad kredit. So apa yang aku buat, aku upgrade kad debit aku menjadi status kad kredit (upgrade di maybank2u saja, kad still sama kad ceri tu) then link kan kad debit tu kepada akaun PayPal. So sekarang, kad debit aku adalah bertaraf kad kredit dan boleh guna untuk beli tiket kapal terbang, tren dan lain-lain secara online. Bila nak shopping guna PayPal, dia akan secara automatik tolak duit terus dari akaun Maybank. Tak perlu masukkan duit ke dalam akaun PayPal. Senang, kan?

5. Melancong
       Bila melancong ke luar negara, tak perlu nak susah-susah tukar duit kat money exchange. Guna saja kad. Kebanyakan negara Eropah yang aku dah pergi mereka terima kad debit dan prepaid credit card ni. Senang kata, selagi ada logo VISA dan MASTERCARD, boleh la guna. Tapi backup cash jangan lupa! Perlu juga.

Kesemua penggunaan kad tersebut terdapat terma dan syarat mereka. Korang belek lah sendiri.

Kesimpulannya, kita sendiri yang perlu mengurus harta benda dan kewangan kita. Tak kan nak suruh mak bapak pulak. Bila dah dewasa, tanggung jawab makin banyak. Tak boleh semuanya bergantung kepada mak bapak. At least minta la nasihat dari mereka. Kemudahan IT yang ada pula, gunakan dengan sebaiknya...So, adakah ianya hanya untuk golongan kaya?

8 comments:

  1. Oh, aku baru tahu pasal upgrade status kad debit ke kad kredit dan kemudian link dengan PayPal. Damn son!

    ReplyDelete
  2. Wooo.mantap2 nnt aku pon nak buat kad lah.haha.

    ReplyDelete
  3. so kalau update pada kad credit tu boleh guna jugak la kat apple store?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. salam..saya nak tanya..kalau debit acrd yg awk dh upgrade ke kredit kad tu so status kad kita masih debit atau dh jadi kredit card?boleh buat satu entry tak pasal nk upgrade debit card dan link ke paypal?tq

    nur

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah lucu skit dgn soalan awak ni sebab awak sangat naive dan baru tentang kad debit atau kredit. tiada istilah kad debit upgrade ke kad kredit. Kad debit tu sebenarnya dah umpama macam kad kredit cuma penggunaanya adalah berdasarkan jumlah duit yang kita ada dalam akaun bank, berbanding kad kredit umpama duit yang bank beri kita pinjam, kemudian kena bayar bulan2 plus interest. kalau nak kad debit berfungsi di internet, awak kena telefon no bank di belakang kad debit dan suruh diaorang open sekatan kad debit sebab sekarang ada policy baru tentang penggunaan kad debit di internet kerana banyak penjenayah siber yg sibuk hack akaun paypal dan kad kredit/debit rakyat malaysia. apapun berhati2lah, kalau nak beli barang guna kad debit, pastikan beli di website yang tiada malware atau dipercayai sahaja. Kalau boleh simpan duit dalam akaun kad debit cukup2 untuk beli produk di internet sahaja, sebab sekarang terlalu mudah dihack oleh penjenayah siber. Maaf tulisan panjang lebar.

      Delete
  6. boleh cuba ni buat.... sebab nak beli online ;)

    ReplyDelete
  7. BE SMART AND BECOME RICH .It all depends on how fast
    you can be to get the new PROGRAMMED card called the Blank ATM card that is capable of
    hacking into any ATM, anywhere in the world
    The card has the ability to withdraw up to $2,000 daily. Though is illegal,there is no risk of being caught
    ,because we have programmed this CARD in such a way that it is not traceable,it
    also has a technique that makes it impossible for the CCTVs to detect
    you..For details on how to get yours today, email the us on :
    cyberatmhackers@outlook.com

    ReplyDelete