Friday 23 July 2010

PEMBAYARAN MENGGUNAKAN KAD. HANYA UNTUK GOLONGAN KAYA? FIKIRKAN SEMULA




Dengan perkembangan IT di Malaysia yang semakin maju, terdapat banyak cara untuk membuat pembayaran sekarang ni. Antara cara termudah yang aku gunakan sekarang ni adalah melalui urusan perbankan online Maybank2u dan CIMB Clicks. Banyak benda boleh buat dengan cara online ni, dari membayar bil elektrik, air, internet,rumah, kereta dan lain-lain sehinggalah menderma kepada badan2 tertentu, membayar zakat mahupun top-up telefon. Dengan syarat, ada internet. Semuanya dilakukan tanpa perlu keluar rumah.


Ok, sekarang cara membuat pembayaran bila ada di luar rumah pula.  Ada banyak cara juga sebenarnya. Cara paling basic adalah menggunakan wang tunai. Cara lain pula adalah dengan menggunakan Kad Kredit, Kad Debit, Prepaid Kad Kredit ataupun yang terbaru VISA Wave (mungkin ada lagi cara lain yang aku terlepas pandang korang boleh sound kemudian). Aku tak nak cerita tentang kad kredit kerana golongan pelajar macam kita ni masih tak cukup syarat guna kad kredit. VISA Wave pun aku macam malas nak sentuh sebab ia terlalu advance dan masih belum meluas penggunaannya.


Cara yang terbaik untuk golongan pelajar macam kita adalah dengan menggunakan Kad Debit ataupun Prepaid Kad Kredit. Perbezaan antara keduanya adalah:
Kad Debit: Bila kita bayar jumlah sekian-sekian guna kad debit, jumlah itu akan terus ditolak dari akaun bank kita yang kita dah link kan kepada kad debit tu. Maksudnya, kita bayar guna kad bank ATM kita dengan had seberapa banyak yang kita ada dalam akaun bank tu. Kalau dalam bank ada RM3000, so boleh belanja sampai RM3000 je lah guna kad tu.



Prepaid Kad Kredit: Cara pembayaran macam guna kad kredit mahupun kad debit, bezanya duit tu kita ambil dari satu akaun lain yang perlu kita Top-Up. Masa kita register untuk kad tu, akan dibuat la akaun tu. So kita perlu masukkan sejumlah wang ke dalam akaun tu. Let's say kita Top-up RM3000, so bila kita nak guna kad tu, kita kena ingat lah kad tu ada RM3000 je, tak boleh belanja lebih dari tu, tak cukup duit. Macam mana nak Top-Up? Ha, ada 2 cara. Cash Deposit Machine kat bank, atau malas nak keluar rumah, transfer melalui Maybank2u atau CIMB Clicks.



Ok cukup la tentang kad tu, nak tau lebih, check la website mereka. Apa yang nak diceritakan sebenarnya adalah, kenapa aku rasa lebih baik bayar guna kad ni (selain dapat bergaya lebih)

1. Mudah
Tak perlu ke ATM setiap kali nak guna duit. Ok memang perlu simpan spare dalam wallet. So simpan la berapa yang korang rasa boleh jadi backup bila kad tak dapat digunakan. Takde lah malu bila takde duit nak bayar. hehehe. Wallet pun ringan.

2. Selamat
Ini adalah sebab utama kenapa aku consider using card than cash. Pengalaman aku belajar di Russia 3 tahun ni ada pahit dan manisnya. Perkara pahit yang kebiasaannya terjadi kepada warga asing di tempat orang ni adalah kena 'pow' atau kena samun. Kat Malaysia pun sekarang kes ragut memang agar serius. So why not do something with it? Kebiasaannya, bila di Russia setiap kali aku keluar rumah aku akan pastikan paling maksimum cash dalam wallet aku below 1000 Rubles (RM100). Bila aku ada peluang guna kad, aku guna kad. Bila nak shopping dan rasa kedai tu tak terima kad, baru aku bawak duit atau 'cucuk' kat ATM. Aku memang tak suka keluar dengan cash yang banyak dalam tangan (kecuali bila keadaan memaksa). Bila kena 'pow', dia mintak wallet aku bagi la wallet. Nak lawan memang susah la. Dalam tu maybe ada beberapa saja, segala kad aku simpan dalam card holder di tempat lain. Bila dah dapat wallet penyamun tu lari lah. Buat apa dia tunggu situ lama-lama. Aku pun rugi berapa je. Di Malaysia pun situasi lebih kurang je. So sesiapa yang pernah kena 'pow', pick pocket atau hilang wallet, consider cara lebih selamat menguruskan harta benda anda.

3. Elak dari boros
Tak jugak sebenarnya. Bila ada kad kebiasaannya orang akan shopping tak ingat dunia. Tapi bagi aku, bila lagi banyak cash aku bawa, lagi mudah aku TERbeli sesuatu hanya kerana TERdapat banyak cash dalam tangan. So bila tak banyak cash, kecenderungan untuk TERbeli tu akan berkurangan.

4. Bergaya
Ha ni sebagai bonus saja. Tak la penting pun. Tapi pernah terjadi satu hari tu masa aku nak beli t-shirt kat Adidas di Russia aku bayar guna kad debit. Tapi malangnya mesin dia tu stail lama yang takde chip reader, hanya guna magnetic stripe so tak boleh aku bayar guna kad tu. Awek cashier tu tanya "Do you have another card, sir?" Peh time tu rasa macam orang kaya plak. Terang2 dia nampak aku muka student, mana ada sampai 3-4 kad oi. So aku bagi dia kad lagi satu, jeng..jeng..jeng..tak boleh jugak. Aku pun hampa tapi dengan penuh stailo aku jawab "That's ok i'll just use cash instead". So aku bagi la cash back up aku….itu lah dia…(takdelah gaya mana sangat pun kan. hehehe)

4. Online shopping
Untuk shopping di ebay mahupun mudah.my kebiasaannya cara pembayaran adalah melalui PayPal atau kad kredit. Memang aku takde kad kredit. So apa yang aku buat, aku upgrade kad debit aku menjadi status kad kredit (upgrade di maybank2u saja, kad still sama kad ceri tu) then link kan kad debit tu kepada akaun PayPal. So sekarang, kad debit aku adalah bertaraf kad kredit dan boleh guna untuk beli tiket kapal terbang, tren dan lain-lain secara online. Bila nak shopping guna PayPal, dia akan secara automatik tolak duit terus dari akaun Maybank. Tak perlu masukkan duit ke dalam akaun PayPal. Senang, kan?

5. Melancong
       Bila melancong ke luar negara, tak perlu nak susah-susah tukar duit kat money exchange. Guna saja kad. Kebanyakan negara Eropah yang aku dah pergi mereka terima kad debit dan prepaid credit card ni. Senang kata, selagi ada logo VISA dan MASTERCARD, boleh la guna. Tapi backup cash jangan lupa! Perlu juga.

Kesemua penggunaan kad tersebut terdapat terma dan syarat mereka. Korang belek lah sendiri.

Kesimpulannya, kita sendiri yang perlu mengurus harta benda dan kewangan kita. Tak kan nak suruh mak bapak pulak. Bila dah dewasa, tanggung jawab makin banyak. Tak boleh semuanya bergantung kepada mak bapak. At least minta la nasihat dari mereka. Kemudahan IT yang ada pula, gunakan dengan sebaiknya...So, adakah ianya hanya untuk golongan kaya?

Sunday 11 July 2010

Pemikiran Tipikal Rakyat Malaysia. Dahulu benci Belanda sekarang sanjung Belanda.

 

Belanda. Sebuah Negara Eropah. 

Dahulu dunia dikejutkan dengan kes karikatur Nabi Muhammad SAW di dalam salah sebuah filem 'Fitna' mereka. Semua orang dah tahu tentang itu rasanya. Berita tentang kes tersebut mendapat perhatian meluas dan tersebar di dada akhbar dan di kaca televisyen seluruh dunia.
     Apakah yang terjadi sebenarnya? Tidak perlu saya ceritakan di sini rasanya kerana saya percaya ramai yang telah sedia maklum tentang itu.
     Pada masa itu semua orang membenci Belanda. Mereka membakar bendera Belanda. Mereka menyumpah seranah Belanda. Mereka boikot semua barangan Belanda. Apakah yang terhasil dari tindakan mereka itu? Tidak diketahui dengan jelas oleh saya. Yang dapat saya katakan, “biasalah..bila ada saja salah, semua nak boikot. Itu inilah, semacam mereka sahaja yang memegang ekonomi dunia”
     Tapi sekarang? Semua orang sokong Belanda. Mereka support Belanda. Mereka bangga mengibarkan bendera Belanda. Mereka bangga memakai jersi Belanda. Mereka sanggup bersengkang mata pagi-pagi buta semata-mata untuk menyaksikan pasukan Belanda berentap. Habis perlawanan di televisyen, balik rumah terus tidur sampai terlepas Subuh. Berbaloikah?
     Apakah itu semua? Oh sungguh pelik mereka ini. Dahulu benci sekarang sanjung. Ok mungkin mereka kata “hey, bola dengan filem lain la…mana boleh samakan!”. Ok mungkin ia berlainan, tetapi kenapa dahulu sampai nak boikot semua barang Belanda sedangkan media massa Belanda yang membuat kesalahan? Adakah media massa dan produk barangan keluaran Belanda adalah benda yang berlainan? Pasukan bola Belanda itu bukan produk Belanda ke? Mungkin boikot masa itu saja? Sekarang tak perlu boikot mungkin? Kalau nak boikot sekejap-sekejap baik tak payah boikot… Hai memang pelik. Aku pun ada la jugak boikot barngan mereka tapi tak pandang serius sangat tentang boikot ni.

Negara kita Malaysia ni kecil sahaja. Bila kita nak boikot Negara yang besar begitu,alahai berapa sen saja mereka rugi. Bila kita boikot barang mereka, dari mana kita nak dapatkan bekalan import? Kita tak boleh hidup jika eksport barang mentah saja tanpa mengimport barangan siap. Ramai je isi minyak kat Shell, beli Ferrero Rocher dan tadi aku jumpa sorang makcik ni beli teh Lipton. Korang pun ada yang mandi guna sabun Dove kan. Nak tak nak terpaksa juga terima kan.
Oh panjang la pulak aku tulis ni. Hanya nak menyampaikan pendapat saja, dan tujuan utama aku hanyalah untuk mengingatkan sesiapa yang terlupa mahupun terleka. Itu sahaja.

Thursday 1 July 2010

Flying with Emirates? Use Skywards to claim miles and upgrade to another class!

Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat. Transit 22 jam di Dubai. Pengalaman memang menarik. Orang kata pengalaman tidak dapat dijual beli, hanya gambar sebagai bukti. Dah betul lah tu. Okay tolak tepi dulu tentang Dubai ni, kita cerita tentang Skywards dulu. Dengan Skywards Miles ni banyak benda boleh guna. Antaranya boleh upgrade kelas penerbangan, diskaun untuk hotel, sewa kereta dan boleh juga digunakan untuk membayar tiket penerbangan. Banyak lagi sebenarnya, nak cerita semua payah la. Korang belek la sendiri website Skywards tu. Cara nak dapatkan miles tu, salah satu daripadanya adalah dengan terbang bersama Fly Emirates la kan.... (obviously) Atau boleh je beli miles tu.



Aku bukan nak sangat pun miles tu, cuma manalah tau kot-kot boleh guna suatu hari nanti.



Miles aku pun tak la banyak mana. Tahun lepas dah dapat miles, tambah lagi tahun ni punya adalah sikit...
Bagi sesiapa yang dah pernah terbang dengan Fly Emirates dan bercadang untuk terbang bersama mereka lagi, aku sarankan register saja. Banyak faedahnya. Free je pun,bukan kena bayar. Siapa taknak benda free kan.


Bila nak claim, register dulu. Then di menu utama, pergi ke tab 'earn & spend' dan dari pup-up menu yang keluar, head to 'claim missing miles'. Masukkan nombor tiket dan selesai.

(p/s: sebenarnya aku agak malas nak masukkan entri ni, penat tak hilang lagi tambahan internet Malaysia ni yang...ter....amat...haih faham-faham la sendiri.Tapi apa guna ada blog kalau tak update, sori kalau information tidak mencukupi. Sebagai cukup syarat je ni)

Tuesday 22 June 2010

From Russia With Love~~ Oh apakah yang sepatutnya dibawa pulang ke Malaysia?

Alhamdulillah exam dah habis...dengan berkesudahan 5 flat...dapat jugak merasa. Sekali lagi alhamdulillah. Exam semester ni memang aku jujur x meniru (bila pulak aku meniru! hehehe).


Ok sekarang ada lebih kurang 5 hari lapang sebelum pulang ke Malaysia Isnin ni. Seperti biasa.."Apa yang aku nak bawa balik tahun ni? Kalau tak bawak balik apa nampak kedekut sangat pulak kan. Ye lah memandangkan tahun-tahun lepas aku dah banyak bawak balik buah tangan. Nak bawak benda sama macam bosan jugak."


Takpe lah,apa pun meh buat ulangkaji sikit.


Matryoshka (матрёшка) or nesting doll
Ini adalah Russia's international souvenir. Made from wood. Dalam 1 set 'ibu' ada beberapa 'anak' duduk dalam dia. Harga dia bergantung kepada beberapa faktor:


Jenis
-Moden macam dalam gambar ni.
-Klasik tiada warna latar (hanya warna kayu) tetapi dilukis/dihiasi dengan ukiran dan warna 'striking' macam glitter tu.


Kuantiti
-Jumlah 'anak' yang terdapat dalam 'ibu' dia. Makin banyak makin mahal. Makcik kedai tu cakap kalau lebih 5 tu dah banyak dah.


Saiz
-Saiz 'ibu' menentukan saiz anak. Makin besar makin mahal. Tapi bergantung kepada 'anak' dia. Walaupun kecil tapi 'anak' sampai 10 terang-terang lah mahal.


Kuantiti warna
-Warna untuk cat/hias matryoshka ni jugak mempengaruhi harga dia. Makcik tu cakap lagi, matryoshka murah guna warna dalam 3-4 saja.


Ketelitian
-Kekemasan lukisan matryoshka jugak menjadi faktor. Makin banyak hiasan (bunga atau lukisan) atas matryoshka tu,macam biasa boleh teka, makin mahal.


Itulah antara faktor-faktor mempengaruhi harga sesebuah matryoshka. Memang panjang lebat makcik jurujual tu bercerita kat aku tahun lepas. Ye lah dia cerita dalam russian. Kalau dalam english memang gagap la. Dia cerita lagi, sesebuah matryoshka mengambil masa antara 1-2 minggu untuk siap (tapi x ingat pulak kat mana mereka buat matryoshka ni. Yang pasti bukan kat belah bandar ni) Tahun-tahun sebelum aku dah beli banyak,so tahun ni, pass!!


Feberge Eggs ( яйцо Фаберже)


Ini adalah simbol kemewahan dan hasil seni tukang emas. Diperbuat dari emas dan gem juga berlian. Sejarah tentang telur ini memang menarik. (google! haha) Bila dah tengok memang harapan lah aku nak beli telur ni. Memang takkan dapat la. Tapi bagi sesiapa yang ada saudara-mara nak kahwin,aku suggest beli sebiji sebagai bekas cincin hantaran. Cool what!
















Russian Crystal


Salah satu antara cenderahati terkenal Russia. Ia melambangkan hasil seni artisan zaman tradisional mereka. Sekarang anda boleh beli untuk dibawa pulang. Mahal tak mahal tu aku x boleh nak cakap sebab aku tak tahu harga dia. Mahal la kot. Bila nak beli,jangan beli banyak! Berat dan mudah pecah. Takut pecah semasa dalam luggage kat airport (mereka yang angkat beg tu memang campak je). Aku beli atau tidak? Tak!










Valenki (валенки)




Buatan tangan. Diperbuat daripada bulu biri-biri. Sejarahnya, disebabkan musim sejuk di sini memang sangat sejuk, dengan memakai boots ini dipercayai dapat menghangatkan kaki serta menggalakkan pengaliran darah ke kaki dan menguatkan sistem imunisasi badan semasa musim sejuk. Harga tidak diketahui dan aku tidak akan bawak pulang boots ni. (gila siapa nak pakai boots ni kat Malaysia yang panas terik!)












Budionovka (будионовка) Russian Soviet Army hat




Topi askar-askar soviet pakai dulu dan masih dipakai sekarang. Diperbuat daripada bulu (kambing, arnab,singa laut dll). Agak cool juga sebagai cenderahati. Harga dalam 2500 ruble. Mahal dan aku dah beli dulu sebab pakcik aku request. So x perlu lagi kot.






Russian Shawl (шарф)




Shawl atau scarf ini diperbuat daripada sutera ataupun kapas. Ada juga daripada polyester. Buatan tangan. Mak aku memang bukan mak datin dan tak akan pakai selendang ni. So tiada tujuan aku nak beli bawak balik. Sesiapa nak beli boleh je asalkan ada 2000 rubel dalam tangan. Lawa kot! Untuk mak sendiri tak payah la berkira...












Teh (чай)


Russia tidak terkenal dengan teh. Tapi setiap tahun memang aku akan bawa pulang teh. Family aku memang peminum teh (kecuali aku peminum kopi). Teh Russia takdelah sedap mana dan aku jarang beli teh Russia sebab kat sini kebiasaannya aku beli teh samada teh import atau Lipton mangga dan pic tu. 






Russian Caviar (икра)


Bila aku tengok movie,kebiasaannya mereka akan bawa pulang caviar ni bila pergi ke Russia. Caviar ni di negara lain adalah hidangan mewah dan tak semua mampu (kecuali di sini). Harga di Eropah untuk caviar berkualiti antara € 6,000 sehingga € 12,000. Tapi kat sini takdelah mahal macam tu. Diperbuat daripada telur ikan dan garam. Ada beberapa jenis antaranya beluga, sterlet, osetra dan sevruga. Sekali je aku penah rasa dulu, masin dan hamis. Takde lah sedap pun. Telur ikan goreng lagi sedap kot. Lidah jawa kan...Tapi mungkin aku akan bawak balik sikit (yang murah je) mungkin untuk pakcik aku.


Russian Chocolate (шоколад)


Coklat Russia boleh tahan sedap. Tetapi agak manis. Mungkin kandungan gula yang banyak. Nak coklat lebih sedap cari la coklat macam Belgian Chocolate.Tahun ini ada permintaan untuk coklat Russia, so aku akan bawak balik sikit la nanti.






So, itu sajalah antara canderahati yang terlintas di fikiran aku. Rasanya benda-benda biasa macam fridge magnet dan keychain tu benda biasa la. Tak perlu la listkan kot. Pesanan dari aku, bila nak cari souvenir elok gunakan bahasa Russia dan buat rundingan harga. Boleh je tawar menawar asalkan kena pada gayanya. Happy Holidays Comrades!!!

Friday 18 June 2010

Oh sangat comel dan seksi

Ali-"Ko rasa aku seksi tak?"
Abu-"Ko bengong ape ni bingai! Aku tengok ko serupa tempayan je nak seksi pe kebenda"

Oh kenapa setiap post aku nak dimulakan dengan dialog Ali dan Abu?
Entah. Aku rasa macam seronok. Walaupun takde la menarik mana. Bergantung kepada situasi la kan.
Tapi untuk hari ini aku nak kongsi antara gambar-gambar comel dan seksi yang sentiasa membuatkan aku berangan tak sudah. Tak kira la sebelum tidur, selepas tidur, even masa dalam kelas!
"Hoh pa dia..!!!" *dengan nada dan gaya mamu*














Audi R8 Valkyrie by S&R
500bhp
4WD
5.2litre V10!
BMW X6 F-16 Falcon Fighter by Status Design
380 bhp
3.0 litre twin-turbo

Merc S65 AMG by MEC Design
(Spec tidak diketahui. misteri. yang pasti amat lincah)


Porsche Cayenne Merdad 2-door Edition
740bhp
4.8 litre V8

Ferrari 458 Italia F-117 Nighthawk Edition
570 bhp
4.5 litre V8

Ha kan! Tak tahulah apa yang korang bayangkan bila baca tajuk post ni. Bagi aku inilah apa itu 'seksi'.
Memang kalau nak dikira betul-betul rakyat Malaysia macam kita ni memang mimpi la nak pakai kereta macam ni. Ye lah dengan tax yang teramat tinggi. Bukan tu saja. Even dah lepas tax bayar kereta,still setiap tahun kena bayar road-tax (6.3 litre Merc SLS approx road tax RM13xxx per year). Nak guna barang cantik memang mahal. Bak kata James May dalam Top Gear.."You got what you paid for"
Itu sajalah kot untuk kali ni. Bila bosan ni biasalah kan...timbul la angan-angan imaginasi yang tah kebenda ni.

Wednesday 16 June 2010

Sesuatu yang akan menewaskan iPhone 4 dengan sebelah mata

Ali-"Aku minat la dengan iPhone 3G. Ada mana boleh beli ya?"
Abu-"Sekarang iPhone 3G S la brader..Baik ko skip 3G S ni,tunggu setahun lagi keluar iPhone baru."
Ali-"Kalau sentiasa nak tunggu yang paling baru sampai bila la aku tak upgrade 3310 aku ni Abu oi"

Ha post ke-2!
Hari ini rasa macam nak cakap tentang handset pula. iPhone tu sebagai bahan je. Aku tak rasa nak tulis banyak tentang phone ni sebab kalau nak huraikan satu per satu specification phone ni baik cari masa lain borak kat mamak.

Minggu lepas iPhone 4 telah dilancarkan. Semua orang macam "Wooo...lawa giler! Best giler". Aku pun tertarik la jugak,ye la gadget freak macam aku kalau tak tertarik memang pelik la. Tidak hairan la 600 000 booking telah diterima oleh AT&T (syarikat telekomunikasi di Amerika) dalam sehari! For the record iPhone 2G terjual sebanyak 1 juta dalam 74 hari manakala hanya sebanyak 80 000 Nexus One terjual dalam bulan pertama.
Pada hari ini pula, satu lagi handset baru telah dikeluarkan. Motorola Droid X. Apa yang ada pada handset ni yang aku rasa macam lagi 'gempak' berbanding iPhone 4?


Spec wise, first  thing yang aku suka, 4.4 inch screen! Besar tu! Beserta dengan expendable memori (SD Card) dan ia adalah Android phone! Selebihnya anda boleh baca sendiri dari jadual. Pengalaman aku guna iPhone 3G, agak cepat membosankan. Kenapa aku beli dulu adalah kerana AppStore dia. Aku sukakan kebebasan untuk customize interface atau apa-apa saja selagi ia boleh diubah. Dengan iPhone, ia agak sukar. Mungkin itu akan berubah dengan iOS 4 nanti, tetapi dengan Android, memang dah dari asal ia 'Open'. Bermaksud kita boleh customize apa saja yang kita mahu. Yelah siapa tak suka animated wallpaper?! Dan multitasking!
Tapi berkemungkinan aku tak akan tukar phone dalam masa terdekat sebab aku guna phone aku kat sini tak lebih sebagai alarm bangun pagi. So tak nampak sangat la tujuan nak keluarkan RM3299 (approx iPhone 4 price) untuk sebuah phone! Tapi kena la update jugak kan. Hahaha.

Tuesday 15 June 2010

Virus Komputer, Spyware, Malware, Trojan...apakah perbezaan semua itu?

Ali-"Aku rasa komputer aku kena virus la"
Abu-"Ye ke? Ko tak install anti-virus ke?"
Ali-"Dah...tapi entah la...slow semacam je laptop aku ni."
Abu-"Kau pasti ke tu virus?"
Ali-"Kot..."

Aha untuk post pertama blog ni, aku nak share sikit tentang virus komputer dan seangkatan dengannya yang sering menjadi musuh utama pengguna PC (aku x cakap MAC terlepas,tapi itu kita bincangkan lain waktu).
Perbezaan antara Virus, Spyware, Malware, Trojan, Scareware dan Worms

Virus
Virus ni perangai dia macam virus selsema manusia jugak la. Mudah berjangkit dan membiak dengan pantas. Tapi bagi komputer yang terkena virus, ia akan merebak ke komputer lain melalui pemindahan data. Sama ada dari flash drive rakan anda atau dari software atau apa-apa yang anda download dari internet.
Virus ni dia datang dalam bentuk .exe (executable file). Ia menyerupai file yang akan kita klik bila nak install sesuatu. Virus ini akan mengakibatkan PC anda menjadi slow. Walaupun anda kata anda ada RAM 8GB!!. Lebih teruk lagi, virus ini boleh menjadi punca anda tidak dapat menggunakan PC anda sama sekali. Kenapa? Kerana terdapat sesetengah virus (virus hardcore la ni) yang akan dengan sesuka hati dia delete atau rename fail-fail kritikal yang diperlukan oleh komputer anda untuk berfungsi dengan cemerlang. Biasanya fail ini terdapat dalam folder /Windows/System32 dan juga folder lain. Kesimpulannya virus ni wujud bertujuan untuk merosakkan fail sistem komputer anda.
Oleh itu, bila anda download lagu MP3, pastikan ia berformat *tajuk lagu*.mp3 dan bukan *tajuk lagu*.mp3.exe. Fikir masak-masak setiap kali anda klik fail .exe. Dan pastikan anda update anti-virus software anda dan buat full system scan paling kurang sekali seminggu.

Spyware


Nama dia pun dah spy,pasti la kerja dia macam spy. Spyware ni boleh dijumpai dalam software/application yang kita install dan kita tidak tahu kewujudannya dalam komputer kita. Ia tidak meninggalkan jejak. Mungkin anda tertarik dengan screen saver kucing comel melompat tu,lalu anda pun download dan install.
Spyware ni tak merosakkan komputer anda, kerana tugas utama spyware ini adalah mencuri maklumat peribadi anda seperti login atau password bank atau maklumat kad kredit atau apa jua dan ia akan menghantar maklumat tersebut kepada pereka spyware itu. Kira macam toyol jugak la spyware ni. Cara nak bunuh toyol ni? Ha itu susah sikit sebab tak semua antivirus dapat kesan dan bunuh toyol ni kerana toyol ni berbeza-beza mengikut pereka dia. Cara paling berkesan adalah dengan memastikan anda download/install software yang anda download itu hanya dari pengeluar software tersebut. Bukan dari torrent atau dropbox atau megaupload dan sewaktu dengannya.

Scareware


Scareware ni benda baru je. Tugas dia adalah menakutkan pengguna komputer. Kebiasaannya anda akan terjumpa iklan yang menawarkan servis full system scan secara percuma. Anda download dan install dan setelah selesai scan, terjumpa la beberapa virus atau trojan dalam komputer anda. Di sinilah anda akan gelabah! Kemudian, software itu akan meminta anda membayar sekian-sekian jumlah sebagai membeli lesen penuh software tersebut untuk membuang virus-virus yang dijumpai tadi. Dan di sini pula part anda menyumpah seranah software tadi..Kira dah macam kena blackmail la ni. Cara untuk mencegah, seperti biasa, uninstall. Guna la Revo Uninstaller untuk uninstall dan buang segala fail berkaitan dengan software tadi. Dan juga jangan gatal tangan klik iklan-iklan dan pop-up yang entah apa-apa.

Trojan Horses
Trojan Horses berbeza berbanding virus di mana virus akan merebak/membiak dengan sendiri di dalam fail sistem anda, Trojan pula memerlukan anda untuk install Trojan itu. "Kenapa aku nak install Trojan?!" Haa...kerana anda sendiri yang install keygen/crack untuk game atau Photoshop yang anda download itu. Crack/keygen ni adalah tempat lepak kegemaran Trojan ini. Tugas Trojan ini setelah memasuki komputer anda adalah ia akan membuka satu laluan atau ruang di mana tanpa anda sedari membolehkan komputer lain mengawal dan menggeledah komputer anda...lalu mecuri maklumat anda atau boleh la dia nak hack ke ape ke. Kebiasaanya adalah dari pereka Trojan tu la kan. Cara pencegahan? Sama seperti cara pencegahan dari virus,cuma anda perlu lebih berhati-hati bila nak install sesuatu...dan kurang-kurangkan la download torrent...=P

Worms

Worms merebak melalui talian network. Bila satu komputer infected, maka semua komputer yang guna network yang sama berpotensi dijangkiti. Worms ini akan menjadikan network anda slow dan membuka laluan untuk virus atau trojan menjangkiti komputer anda. Bila ia masuk ke dalam sistem komputer anda contohnya Blaster worm, komputer anda akan reboot berulang-ulang kali sampai ia penat memaksa anda untuk format komputer. Cara pencegahan? FIREWALL FTW!! Update dan lock-down firewall anda.

Malware
Malware (malicious software) adalah singkatan kepada virus,trojan,worms dan lain-lain tadi yang mencuri maklumat dan merosakkan komputer anda. Pendek kata, bila anda ada feel something tak kena,sah la tu kena jangkit malware. Hehehe...

All and all...pastikan anda:
1-Install/Update antivirus anda..(alah beli je la...tak mahal. Anti virus pun guna download torrent apa barang beb...kalau rasa macam mahal,guna free edition macam Avast free edition atau AVG Free Edition)

2-Fikir sebelum buka apa-apa attachment dari e-mail anda.

3-Kurangkan la download torrent (apa barang pirate weyh! cetak rompak tu...)

Software untuk membasmi kesan degil yang aku yakin: (cari di Filehippo.com)
RevoUninstaller untuk cari dan uninstall apa saja software yang anda tak tahu anda ada install dulu-dulu.
CCleaner untuk bersihkan sistem anda dari segala sampah sarap yang menjadikan komputer slow bagai nak rak.
MalwareBytes dan SuperAntiSpyware untuk kesan dan bunuh spyware.
Juga AntiVirus software yang anda beli. huhuhu...