Sunday 11 July 2010

Pemikiran Tipikal Rakyat Malaysia. Dahulu benci Belanda sekarang sanjung Belanda.

 

Belanda. Sebuah Negara Eropah. 

Dahulu dunia dikejutkan dengan kes karikatur Nabi Muhammad SAW di dalam salah sebuah filem 'Fitna' mereka. Semua orang dah tahu tentang itu rasanya. Berita tentang kes tersebut mendapat perhatian meluas dan tersebar di dada akhbar dan di kaca televisyen seluruh dunia.
     Apakah yang terjadi sebenarnya? Tidak perlu saya ceritakan di sini rasanya kerana saya percaya ramai yang telah sedia maklum tentang itu.
     Pada masa itu semua orang membenci Belanda. Mereka membakar bendera Belanda. Mereka menyumpah seranah Belanda. Mereka boikot semua barangan Belanda. Apakah yang terhasil dari tindakan mereka itu? Tidak diketahui dengan jelas oleh saya. Yang dapat saya katakan, “biasalah..bila ada saja salah, semua nak boikot. Itu inilah, semacam mereka sahaja yang memegang ekonomi dunia”
     Tapi sekarang? Semua orang sokong Belanda. Mereka support Belanda. Mereka bangga mengibarkan bendera Belanda. Mereka bangga memakai jersi Belanda. Mereka sanggup bersengkang mata pagi-pagi buta semata-mata untuk menyaksikan pasukan Belanda berentap. Habis perlawanan di televisyen, balik rumah terus tidur sampai terlepas Subuh. Berbaloikah?
     Apakah itu semua? Oh sungguh pelik mereka ini. Dahulu benci sekarang sanjung. Ok mungkin mereka kata “hey, bola dengan filem lain la…mana boleh samakan!”. Ok mungkin ia berlainan, tetapi kenapa dahulu sampai nak boikot semua barang Belanda sedangkan media massa Belanda yang membuat kesalahan? Adakah media massa dan produk barangan keluaran Belanda adalah benda yang berlainan? Pasukan bola Belanda itu bukan produk Belanda ke? Mungkin boikot masa itu saja? Sekarang tak perlu boikot mungkin? Kalau nak boikot sekejap-sekejap baik tak payah boikot… Hai memang pelik. Aku pun ada la jugak boikot barngan mereka tapi tak pandang serius sangat tentang boikot ni.

Negara kita Malaysia ni kecil sahaja. Bila kita nak boikot Negara yang besar begitu,alahai berapa sen saja mereka rugi. Bila kita boikot barang mereka, dari mana kita nak dapatkan bekalan import? Kita tak boleh hidup jika eksport barang mentah saja tanpa mengimport barangan siap. Ramai je isi minyak kat Shell, beli Ferrero Rocher dan tadi aku jumpa sorang makcik ni beli teh Lipton. Korang pun ada yang mandi guna sabun Dove kan. Nak tak nak terpaksa juga terima kan.
Oh panjang la pulak aku tulis ni. Hanya nak menyampaikan pendapat saja, dan tujuan utama aku hanyalah untuk mengingatkan sesiapa yang terlupa mahupun terleka. Itu sahaja.

7 comments:

  1. haha.. ramai boleh terasa ni..

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya, kalau nak boikot boleh. Pernah dengar kempen 'Buy British Last'? Tu boikot pada akhir 80-an/awal 90-an oleh Malaysia secara besar besaran sampai syarikat British buat iklan kat suratkhabar cakap minta maaf/sayang kat M'sia (tak berapa ingat.

    And lukisan tu, marah memang marah. Tapi reaksi kita yang tak berapa bijak tu kalau boleh elakkanlah. Reaksi macam itu lah yang mereka nak. Nak sokong Oranje, sokong lah. Tak salah. Berpada pada, itu lah cara terbaik.

    Ni semua pendapat aku lah. Kalau salah tolong tunjukkan.

    Tapi apa apa pun, Viva Espana! Vamos La Furia Roja!

    ReplyDelete
  3. ahaha
    dalam semua benda memang perlu ada benda yang perlu dipandang serius, ada benda yang sekadar ambil tahu sudah cukup. pada pendapat aku tentang bola ni memang aku x kaitkan dengan isu lepas tu. Bila nak cakap tentang duit dan ekonomi semua tu, memang xkan habis, banyak kena korek. Cuma aku kesalkan, bagaimana perasaan itu mudah berubah dalam x sampai setahun kalau x silap aku kan.

    ReplyDelete
  4. "Begitulah jua, nama David Villa, Xavi dan lain-lain dari Sepanyol - lebih bergema berbanding pengetahuan mahupun ingatan kita kepada Ratu Isabella dari Kastilla & Raja Fernando II dari Aragorn, yang memimpin Reconquista, dan Inkuisisi di Sepanyol - melengkapkan keruntuhan kerajaan Islam di Sepanyol; serta pengusiran, pengkristianan dan pembunuhan beramai-ramai Muslim yang tewas di sana."

    "Bukan maksud saya untuk prejudis dengan siapa-siapa atau mana-mana negara, tidak salah berhibur dan bersantai dengan bola, cuma jangan hilang akar asal-usul dan melupakan identiti kita yang sebenar.. :)"

    Itu aku petik kata-kata kawan aku. Situasi yg lebih kurang sama dengan tajuk ini. Itulah jawapan aku.

    Hup Holland hup! Nederland!!!!!!

    ReplyDelete
  5. yup. aku setuju dengan kata member hang tu.
    memang berhibur kena ada batas..dan jangan lupa asal usul.
    aku tahu entri ini akan menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak, itulah hobi terbaru aku.
    tak salah menyuarakan pendapat. jika ada salah,boleh diperbaiki.

    situasi yang ko berikan tidaklah berlaku dalam masa sekejap atau baru2 ini. agak lama jugak tu.
    situasi yang aku berikan adalah agak baru. sebagai peringtan kepada semua. jangan terlalu taksub dengan sesuatu benda sehingga melupakan perkara sudah.

    aku tidak memihak kepada sesiapa, sepanyol mahupun belanda. bagus juga kau dapat ingatkan tentang Sepanyol itu. =)

    ReplyDelete
  6. Kalau camni biarlah aku berdoa ke hadrat illahi supaya Malaysia boleh masuk World Cup 2014. Kita sokong barangan Malaysia pula. Malaysia boleh!

    ReplyDelete