Wednesday 16 June 2010

Sesuatu yang akan menewaskan iPhone 4 dengan sebelah mata

Ali-"Aku minat la dengan iPhone 3G. Ada mana boleh beli ya?"
Abu-"Sekarang iPhone 3G S la brader..Baik ko skip 3G S ni,tunggu setahun lagi keluar iPhone baru."
Ali-"Kalau sentiasa nak tunggu yang paling baru sampai bila la aku tak upgrade 3310 aku ni Abu oi"

Ha post ke-2!
Hari ini rasa macam nak cakap tentang handset pula. iPhone tu sebagai bahan je. Aku tak rasa nak tulis banyak tentang phone ni sebab kalau nak huraikan satu per satu specification phone ni baik cari masa lain borak kat mamak.

Minggu lepas iPhone 4 telah dilancarkan. Semua orang macam "Wooo...lawa giler! Best giler". Aku pun tertarik la jugak,ye la gadget freak macam aku kalau tak tertarik memang pelik la. Tidak hairan la 600 000 booking telah diterima oleh AT&T (syarikat telekomunikasi di Amerika) dalam sehari! For the record iPhone 2G terjual sebanyak 1 juta dalam 74 hari manakala hanya sebanyak 80 000 Nexus One terjual dalam bulan pertama.
Pada hari ini pula, satu lagi handset baru telah dikeluarkan. Motorola Droid X. Apa yang ada pada handset ni yang aku rasa macam lagi 'gempak' berbanding iPhone 4?


Spec wise, first  thing yang aku suka, 4.4 inch screen! Besar tu! Beserta dengan expendable memori (SD Card) dan ia adalah Android phone! Selebihnya anda boleh baca sendiri dari jadual. Pengalaman aku guna iPhone 3G, agak cepat membosankan. Kenapa aku beli dulu adalah kerana AppStore dia. Aku sukakan kebebasan untuk customize interface atau apa-apa saja selagi ia boleh diubah. Dengan iPhone, ia agak sukar. Mungkin itu akan berubah dengan iOS 4 nanti, tetapi dengan Android, memang dah dari asal ia 'Open'. Bermaksud kita boleh customize apa saja yang kita mahu. Yelah siapa tak suka animated wallpaper?! Dan multitasking!
Tapi berkemungkinan aku tak akan tukar phone dalam masa terdekat sebab aku guna phone aku kat sini tak lebih sebagai alarm bangun pagi. So tak nampak sangat la tujuan nak keluarkan RM3299 (approx iPhone 4 price) untuk sebuah phone! Tapi kena la update jugak kan. Hahaha.

4 comments:

  1. eh. bukan ke nak guna wordpress hari tu?
    aku dah settle exam paling susah hari ni, bolehla tolong apa yang patut

    ReplyDelete
  2. cess. buat aku trs bpikir2 ni. sep2. haha

    ReplyDelete
  3. Bila aku baca Motorola, aku terus macam, wtf? Haha, aku ingat kan company ni dah mati ke apa. Tapi bila aku baca spec dia, aku setuju dengan ko. Buat pilihan bijak Sept, yg pening duit. Ehehe.

    ReplyDelete