Tuesday 15 June 2010

Virus Komputer, Spyware, Malware, Trojan...apakah perbezaan semua itu?

Ali-"Aku rasa komputer aku kena virus la"
Abu-"Ye ke? Ko tak install anti-virus ke?"
Ali-"Dah...tapi entah la...slow semacam je laptop aku ni."
Abu-"Kau pasti ke tu virus?"
Ali-"Kot..."

Aha untuk post pertama blog ni, aku nak share sikit tentang virus komputer dan seangkatan dengannya yang sering menjadi musuh utama pengguna PC (aku x cakap MAC terlepas,tapi itu kita bincangkan lain waktu).
Perbezaan antara Virus, Spyware, Malware, Trojan, Scareware dan Worms

Virus
Virus ni perangai dia macam virus selsema manusia jugak la. Mudah berjangkit dan membiak dengan pantas. Tapi bagi komputer yang terkena virus, ia akan merebak ke komputer lain melalui pemindahan data. Sama ada dari flash drive rakan anda atau dari software atau apa-apa yang anda download dari internet.
Virus ni dia datang dalam bentuk .exe (executable file). Ia menyerupai file yang akan kita klik bila nak install sesuatu. Virus ini akan mengakibatkan PC anda menjadi slow. Walaupun anda kata anda ada RAM 8GB!!. Lebih teruk lagi, virus ini boleh menjadi punca anda tidak dapat menggunakan PC anda sama sekali. Kenapa? Kerana terdapat sesetengah virus (virus hardcore la ni) yang akan dengan sesuka hati dia delete atau rename fail-fail kritikal yang diperlukan oleh komputer anda untuk berfungsi dengan cemerlang. Biasanya fail ini terdapat dalam folder /Windows/System32 dan juga folder lain. Kesimpulannya virus ni wujud bertujuan untuk merosakkan fail sistem komputer anda.
Oleh itu, bila anda download lagu MP3, pastikan ia berformat *tajuk lagu*.mp3 dan bukan *tajuk lagu*.mp3.exe. Fikir masak-masak setiap kali anda klik fail .exe. Dan pastikan anda update anti-virus software anda dan buat full system scan paling kurang sekali seminggu.

Spyware


Nama dia pun dah spy,pasti la kerja dia macam spy. Spyware ni boleh dijumpai dalam software/application yang kita install dan kita tidak tahu kewujudannya dalam komputer kita. Ia tidak meninggalkan jejak. Mungkin anda tertarik dengan screen saver kucing comel melompat tu,lalu anda pun download dan install.
Spyware ni tak merosakkan komputer anda, kerana tugas utama spyware ini adalah mencuri maklumat peribadi anda seperti login atau password bank atau maklumat kad kredit atau apa jua dan ia akan menghantar maklumat tersebut kepada pereka spyware itu. Kira macam toyol jugak la spyware ni. Cara nak bunuh toyol ni? Ha itu susah sikit sebab tak semua antivirus dapat kesan dan bunuh toyol ni kerana toyol ni berbeza-beza mengikut pereka dia. Cara paling berkesan adalah dengan memastikan anda download/install software yang anda download itu hanya dari pengeluar software tersebut. Bukan dari torrent atau dropbox atau megaupload dan sewaktu dengannya.

Scareware


Scareware ni benda baru je. Tugas dia adalah menakutkan pengguna komputer. Kebiasaannya anda akan terjumpa iklan yang menawarkan servis full system scan secara percuma. Anda download dan install dan setelah selesai scan, terjumpa la beberapa virus atau trojan dalam komputer anda. Di sinilah anda akan gelabah! Kemudian, software itu akan meminta anda membayar sekian-sekian jumlah sebagai membeli lesen penuh software tersebut untuk membuang virus-virus yang dijumpai tadi. Dan di sini pula part anda menyumpah seranah software tadi..Kira dah macam kena blackmail la ni. Cara untuk mencegah, seperti biasa, uninstall. Guna la Revo Uninstaller untuk uninstall dan buang segala fail berkaitan dengan software tadi. Dan juga jangan gatal tangan klik iklan-iklan dan pop-up yang entah apa-apa.

Trojan Horses
Trojan Horses berbeza berbanding virus di mana virus akan merebak/membiak dengan sendiri di dalam fail sistem anda, Trojan pula memerlukan anda untuk install Trojan itu. "Kenapa aku nak install Trojan?!" Haa...kerana anda sendiri yang install keygen/crack untuk game atau Photoshop yang anda download itu. Crack/keygen ni adalah tempat lepak kegemaran Trojan ini. Tugas Trojan ini setelah memasuki komputer anda adalah ia akan membuka satu laluan atau ruang di mana tanpa anda sedari membolehkan komputer lain mengawal dan menggeledah komputer anda...lalu mecuri maklumat anda atau boleh la dia nak hack ke ape ke. Kebiasaanya adalah dari pereka Trojan tu la kan. Cara pencegahan? Sama seperti cara pencegahan dari virus,cuma anda perlu lebih berhati-hati bila nak install sesuatu...dan kurang-kurangkan la download torrent...=P

Worms

Worms merebak melalui talian network. Bila satu komputer infected, maka semua komputer yang guna network yang sama berpotensi dijangkiti. Worms ini akan menjadikan network anda slow dan membuka laluan untuk virus atau trojan menjangkiti komputer anda. Bila ia masuk ke dalam sistem komputer anda contohnya Blaster worm, komputer anda akan reboot berulang-ulang kali sampai ia penat memaksa anda untuk format komputer. Cara pencegahan? FIREWALL FTW!! Update dan lock-down firewall anda.

Malware
Malware (malicious software) adalah singkatan kepada virus,trojan,worms dan lain-lain tadi yang mencuri maklumat dan merosakkan komputer anda. Pendek kata, bila anda ada feel something tak kena,sah la tu kena jangkit malware. Hehehe...

All and all...pastikan anda:
1-Install/Update antivirus anda..(alah beli je la...tak mahal. Anti virus pun guna download torrent apa barang beb...kalau rasa macam mahal,guna free edition macam Avast free edition atau AVG Free Edition)

2-Fikir sebelum buka apa-apa attachment dari e-mail anda.

3-Kurangkan la download torrent (apa barang pirate weyh! cetak rompak tu...)

Software untuk membasmi kesan degil yang aku yakin: (cari di Filehippo.com)
RevoUninstaller untuk cari dan uninstall apa saja software yang anda tak tahu anda ada install dulu-dulu.
CCleaner untuk bersihkan sistem anda dari segala sampah sarap yang menjadikan komputer slow bagai nak rak.
MalwareBytes dan SuperAntiSpyware untuk kesan dan bunuh spyware.
Juga AntiVirus software yang anda beli. huhuhu...

6 comments:

  1. Hye Sept. Dah terbuka rupanya hati ko untuk berblogging. Aku komen ni tak baca pun lagi apa yg ko tulis. Haha.

    ReplyDelete
  2. pasal virus...sangat menarikk...

    ReplyDelete
  3. @zack: begitulah zack...masih menerokai dunia blogging ni

    @cty: Terima kasih...harap dapat membantu =)

    ReplyDelete
  4. Aku baca semua kut sep kecuali bab Malware (jujur).

    ReplyDelete