Tuesday 22 June 2010

From Russia With Love~~ Oh apakah yang sepatutnya dibawa pulang ke Malaysia?

Alhamdulillah exam dah habis...dengan berkesudahan 5 flat...dapat jugak merasa. Sekali lagi alhamdulillah. Exam semester ni memang aku jujur x meniru (bila pulak aku meniru! hehehe).


Ok sekarang ada lebih kurang 5 hari lapang sebelum pulang ke Malaysia Isnin ni. Seperti biasa.."Apa yang aku nak bawa balik tahun ni? Kalau tak bawak balik apa nampak kedekut sangat pulak kan. Ye lah memandangkan tahun-tahun lepas aku dah banyak bawak balik buah tangan. Nak bawak benda sama macam bosan jugak."


Takpe lah,apa pun meh buat ulangkaji sikit.


Matryoshka (матрёшка) or nesting doll
Ini adalah Russia's international souvenir. Made from wood. Dalam 1 set 'ibu' ada beberapa 'anak' duduk dalam dia. Harga dia bergantung kepada beberapa faktor:


Jenis
-Moden macam dalam gambar ni.
-Klasik tiada warna latar (hanya warna kayu) tetapi dilukis/dihiasi dengan ukiran dan warna 'striking' macam glitter tu.


Kuantiti
-Jumlah 'anak' yang terdapat dalam 'ibu' dia. Makin banyak makin mahal. Makcik kedai tu cakap kalau lebih 5 tu dah banyak dah.


Saiz
-Saiz 'ibu' menentukan saiz anak. Makin besar makin mahal. Tapi bergantung kepada 'anak' dia. Walaupun kecil tapi 'anak' sampai 10 terang-terang lah mahal.


Kuantiti warna
-Warna untuk cat/hias matryoshka ni jugak mempengaruhi harga dia. Makcik tu cakap lagi, matryoshka murah guna warna dalam 3-4 saja.


Ketelitian
-Kekemasan lukisan matryoshka jugak menjadi faktor. Makin banyak hiasan (bunga atau lukisan) atas matryoshka tu,macam biasa boleh teka, makin mahal.


Itulah antara faktor-faktor mempengaruhi harga sesebuah matryoshka. Memang panjang lebat makcik jurujual tu bercerita kat aku tahun lepas. Ye lah dia cerita dalam russian. Kalau dalam english memang gagap la. Dia cerita lagi, sesebuah matryoshka mengambil masa antara 1-2 minggu untuk siap (tapi x ingat pulak kat mana mereka buat matryoshka ni. Yang pasti bukan kat belah bandar ni) Tahun-tahun sebelum aku dah beli banyak,so tahun ni, pass!!


Feberge Eggs ( яйцо Фаберже)


Ini adalah simbol kemewahan dan hasil seni tukang emas. Diperbuat dari emas dan gem juga berlian. Sejarah tentang telur ini memang menarik. (google! haha) Bila dah tengok memang harapan lah aku nak beli telur ni. Memang takkan dapat la. Tapi bagi sesiapa yang ada saudara-mara nak kahwin,aku suggest beli sebiji sebagai bekas cincin hantaran. Cool what!
















Russian Crystal


Salah satu antara cenderahati terkenal Russia. Ia melambangkan hasil seni artisan zaman tradisional mereka. Sekarang anda boleh beli untuk dibawa pulang. Mahal tak mahal tu aku x boleh nak cakap sebab aku tak tahu harga dia. Mahal la kot. Bila nak beli,jangan beli banyak! Berat dan mudah pecah. Takut pecah semasa dalam luggage kat airport (mereka yang angkat beg tu memang campak je). Aku beli atau tidak? Tak!










Valenki (валенки)




Buatan tangan. Diperbuat daripada bulu biri-biri. Sejarahnya, disebabkan musim sejuk di sini memang sangat sejuk, dengan memakai boots ini dipercayai dapat menghangatkan kaki serta menggalakkan pengaliran darah ke kaki dan menguatkan sistem imunisasi badan semasa musim sejuk. Harga tidak diketahui dan aku tidak akan bawak pulang boots ni. (gila siapa nak pakai boots ni kat Malaysia yang panas terik!)












Budionovka (будионовка) Russian Soviet Army hat




Topi askar-askar soviet pakai dulu dan masih dipakai sekarang. Diperbuat daripada bulu (kambing, arnab,singa laut dll). Agak cool juga sebagai cenderahati. Harga dalam 2500 ruble. Mahal dan aku dah beli dulu sebab pakcik aku request. So x perlu lagi kot.






Russian Shawl (шарф)




Shawl atau scarf ini diperbuat daripada sutera ataupun kapas. Ada juga daripada polyester. Buatan tangan. Mak aku memang bukan mak datin dan tak akan pakai selendang ni. So tiada tujuan aku nak beli bawak balik. Sesiapa nak beli boleh je asalkan ada 2000 rubel dalam tangan. Lawa kot! Untuk mak sendiri tak payah la berkira...












Teh (чай)


Russia tidak terkenal dengan teh. Tapi setiap tahun memang aku akan bawa pulang teh. Family aku memang peminum teh (kecuali aku peminum kopi). Teh Russia takdelah sedap mana dan aku jarang beli teh Russia sebab kat sini kebiasaannya aku beli teh samada teh import atau Lipton mangga dan pic tu. 






Russian Caviar (икра)


Bila aku tengok movie,kebiasaannya mereka akan bawa pulang caviar ni bila pergi ke Russia. Caviar ni di negara lain adalah hidangan mewah dan tak semua mampu (kecuali di sini). Harga di Eropah untuk caviar berkualiti antara € 6,000 sehingga € 12,000. Tapi kat sini takdelah mahal macam tu. Diperbuat daripada telur ikan dan garam. Ada beberapa jenis antaranya beluga, sterlet, osetra dan sevruga. Sekali je aku penah rasa dulu, masin dan hamis. Takde lah sedap pun. Telur ikan goreng lagi sedap kot. Lidah jawa kan...Tapi mungkin aku akan bawak balik sikit (yang murah je) mungkin untuk pakcik aku.


Russian Chocolate (шоколад)


Coklat Russia boleh tahan sedap. Tetapi agak manis. Mungkin kandungan gula yang banyak. Nak coklat lebih sedap cari la coklat macam Belgian Chocolate.Tahun ini ada permintaan untuk coklat Russia, so aku akan bawak balik sikit la nanti.






So, itu sajalah antara canderahati yang terlintas di fikiran aku. Rasanya benda-benda biasa macam fridge magnet dan keychain tu benda biasa la. Tak perlu la listkan kot. Pesanan dari aku, bila nak cari souvenir elok gunakan bahasa Russia dan buat rundingan harga. Boleh je tawar menawar asalkan kena pada gayanya. Happy Holidays Comrades!!!

4 comments:

  1. wa.. bagus2
    walaupun ko baru start, entri ni memang ada kualiti

    ReplyDelete
  2. Penuh informasi. Ada gaya penulisan tersendiri.
    Santai tetapi penuh fakta.


    Apa aku nak bawak balik Malaysia ni??????

    ReplyDelete